PERLEMBAGAAN KADET REMAJA SEKOLAH
1. Nama dan alamat berdaftar:
-
Pasukan Badan Beruniform ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasan KRS bagi sekolah.
-
​Alamat berdaftar atau alamat KRS:
-
Peringkat Kebangsaan:
-
Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1&7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya.
-
-
Peringkat Negeri:
-
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS)
-
-
Peringkat Daerah:
-
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama (PPD Petaling Utama)
-
-
Peringkat Sekolah:
-
Sekolah berkenaan.
-
-
Peringkat Lain-lain:
-
Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh jawatankuasa KRS dari semasa ke semasa.
-
-
​ 2. Tujuan:
Tujuan KRS ini ditubuhkan ialah:
-
Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
-
Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.
-
Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah laku kegunaan dadah, budaya lepak dan kes-kes juvana.
-
Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
-
Membina generasi pelajar bersifat patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
-
Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara.
-
Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
2. Pengertian Logo
-
Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
-
Bulan dan Bintang melambangkan Agama Islam adalah agama rasmi negara malaysia.
-
Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
-
Buku yang terbuka dan rehal melambangkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang buday ke arah melahirkan bangsa malaysia selaras dengan falsafah pendidikan negara.
-
Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
-
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
-
Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara malaysia.
-
Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian beragama.
2. Bendera KRS
1. Warna Hijau melambangkan:
-
​Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk
-
Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
-
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.
2. Cogan kata KRS "ILMU IMAN AMAL":
-
ILMU: Asas keintelektual dan ketrampilan ahli KRS.
-
IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas
pembinaan diri. -
AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat
yang berterusan merupakan natijah daripada
kekuatan intelektual dan disiplin diri.
3. Keahlian
-
Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
-
Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi-institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 1.
-
KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan.
-
Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan diatas.
-
Ahli KRS yang bertukar ke sekolah/negeri lain, keahlian asal dan pangkat yang disandang masih diterima pakai.
-
Bekas-bekas pelajar yang mahu membantu sekolah-sekolah/daerah-daerah masing-masing dialu-alukan.
Sejarah Pertubuhan KRS
Potrait Pengasas KRS
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En.Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilanselaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah PendidikanKebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail dibawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah diseluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysiatelah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993.
Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS), Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan.
Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah di laksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, MenteriPendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong,Kuala Lumpur.
-
Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani (Kanan)
-
Ustaz Anuar Bin Abd Aziz (Tengah)
-
Almarhum Cikgu Muhammad Thani Bin Sha'aban (Kiri)
4. Lagu Rasmi Kadet Remaja Sekolah
5. LAGU LARIAN KRS GEMPUR KRS
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan ilmu iman dan amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
Remaja, sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan dihati, dan jiwamu
Wawasan kadet Remaja Sekolah
Kadet Remaja Sekolah
Semangat waja kita melangkah
Cekal hati dan juga tabah
Satu ikatan kita berukhwah
Ayuh remaja sambut cabaran
Jadi remaja yang berwawasan
Hati dan jiwa kita kekalkan
Ilmu Iman dan juga Amal
5. LANGKAH KRS
Mula langkah...............................Kanan
Menuju...........................................Wawasan
Ayuh kita.......................................Maju
Jadi insan.....................................Berilmu
Janji kita.......................................Kekalkan
Janji insan....................................Beriman
Hati mesti.......................................Cekal
Jadi insan........................................Beramal